"

Baru mengenali minyak pati?

Minyak pati ialah ekstrak tumbuh-tumbuhan yang pekat serta aromatik yang diperoleh secara berhati-hati melalui penyulingan stim, penekanan sejuk atau penorehan resin. Kami menawarkan minyak pati, campuran dan produk terseduh minyak pati dengan unsur minyak pati yang spesifik dan hadir secara semula jadi pada tahap yang optimum untuk memaksimumkan potensinya. Saksikan video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Seed to Seal®
Kami tidak berkompromi dengan piawaian kami Seed to Seal, dengan tiga tunggaknya—Penyumberan, Sains dan Piawaian—merupakan komitmen kami terhadap kualiti yang tiada tandingannya. Motif kami? Anda. Kami mahu menyediakan tahap kualiti tertinggi dari segala aspek, agar kami dapat menawarkan produk tulen yang boleh dipercayai oleh anda sekeluarga. Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut tentang Seed to Seal!
The D. Gary Young, Young Living Foundation
Kami berusaha saban hari untuk memperkasakan komuniti yang kurang bernasib baik dengan menghulurkan tangan dan membantu mereka. Kami mendorong perubahan, sama ada dalam memerangi pemerdagangan manusia, membina semula komuniti di Nepal, menangani isu-isu kritikal di Uganda atau membantu komuniti tempatan dengan mengenal pasti potensi yang mungkin tidak dapat dikesan oleh orang lain. Ketahui bagaimana anda dapat melibatkan diri bersama kami!
Jadilah sebahagian daripada sesuatu yang menakjubkan
Kami percaya bahawa setiap insan layak untuk hidup makmur dan sejahtera. Sebagai ahli Young Living, anda akan menikmati bukan hanya kelebihan minyak pati—malah sebuah gaya hidup yang baharu. Anda berpotensi untuk mendapatkan produk percuma, mengubah masa depan kewangan anda, serta membawa penyelesaian yang mampu mengubah kehidupan seisi keluarga di seluruh dunia. Dapatkan maklumat lanjut tentang manfaat yang diperolehi oleh ahli!