Young Living bukan sahaja menerajui dunia moden minyak pati, malah kami telah mengetuai industri ini selama 25 tahun dan kami tidak akan berhenti di sini sahaja. Dalam melangkah ke ulang tahun kami yang ke-suku abad, kami terus fokus terhadap matlamat berani kami yang boleh mengubah dunia. Dengan semangat penerajuan ini, kami memulakan perjalanan ke arah melaksanakan program yang julung kali diadakan iaitu: Ikrar 5x5.
Ikrar 5x5 tidak akan menperhaluskan peranan kami sebagai peneraju industri tetapi ia akan mempertingkatkan kesan positif Young Living pada dunia, komuniti dan keluarga di seluruh dunia.

Dalam lima tahun yang akan datang bermula dari 2019, Young Living berikrar untuk meluaskan visi pengasas kami, D. Gary Young, melalui lima kaedah yang saling berkaitan ini:

LEBIH LIMA KALI GANDA INDIVIDU DIPERKASAKAN OLEH YAYASAN YOUNG LIVING, D. GARY YOUNG
Yayasan ini sedang mengubah ribuan kehidupan setiap tahun dengan memperkasakan mereka yang kurang bernasib baik, termasuk menyelamatkan wanita dan kanak-kanak daripada sindiket perdagangan manusia dan menyediakan peralatan untuk keluarga-keluarga dan melindungi mereka daripada malaria. Kami percaya akan usaha memperkasakan individu. Oleh itu, kami berikrar untuk menggandakan lebih banyak perubahan dalam kehidupan melalui Yayasan menggandakan lebih banyak perubahan dalam kehidupan melalui Yayasan dalam lima tahun yang akan datang.
LIMA TAHUN MENUJU SISA SIFAR
Kami berasa bangga dengan tanggungjawab dan kebolehlihatan kami sebagai peneraju industri hijau dan kami mengambil kira pengawasan kami terhadap dunia ini secara serius. Komitmen kami dibuktikan dalam tunjang Piawaian Seed to Seal® serta spesifikasi Green Globe dan LEED yang akan kami patuhi di Ibu Pejabat Global kami yang baharu. Dalam lima tahun yang akan datang, kami akan membawa operasi global kami menuju ke arah status sisa sifar dan kami akan berusaha untuk mengimbangi jejak karbon kami melalui jaringan meluas ladang rakan kongsi dan korporat kami.
LIMA ATAU LEBIH LADANG MILIK KORPORAT ATAU RAKAN KONGSI DIBANGUNKAN SETIAP TAHUN
Kami mempunyai minat yang mendalam tentang kerjasama dengan alam semula jadi dalam menghasilkan produk yang paling tulen di Bumi kepada ahli kami. Ladang kami merupakan nadi kepada komitmen Seed to Seal kami dan ladang-ladang itu akan tetap menjadi sebahagian daripada DNA kami. Ladang-ladang itu membantu kami mencipta satu rantaian pembekalan yang lebih stabil dan terkawal dan membenarkan kami untuk terus kekal di hadapan dalam penyelidikan minyak pati dan memperkasakan ahli kami dengan pengetahuan tentang asal-usul minyak pati. Setiap tahun bagi lima tahun yang akan datang, kami akan membangunkan lima atau lebih ladang milik korporat dan rakan kongsi yang menakjubkan ini.
LIMA ATAU LEBIH PASARAN BAHARU DIBUKA SETIAP TAHUN
Dengan setiap pembukaan pasaran Young Living yang baharu, kami mencipta peluang kesejahteraan dan pemerkasaan bagi setiap ahli baharu dalam pasaran tersebut dan mengambil lebih ramai kakitangan baharu yang berminat untuk memberikan suatu impak yang positif. Oleh kerana misi kami ialah untuk membenarkan lebih ramai individu menikmati kesejahteraan kehidupan yang meyeluruh dengan menjadi sebahagian daripada keluarga Young Living, kami akan membuka sekurang-kyrangnya lima lagi pasaran baharu setiap tahun dalam lima tahun yang akan datang.
TAMBAHAN LIMA JUTA ISI RUMAH DIDEKATI DALAM LIMA TAHUN
Dalam kami meluaskan impak positif kami melalui kedermawanan, inisiatif hijau, ladang-ladang dan pasaran baharu, pencapaian kami juga akan meningkat. Gary Young telah mendedikasikan kehidupannya dalam memperkenalkan minyak pati ke setiap kediaman di seluruh dunia. Oleh kerana kami memberikan komitmen untuk meneruskan visi tersebut secara dramatik, kami berikrar untuk mendekati 5 juta lagi keluarga dalam tempoh lima tahun.