Pasukan Pengurusan Eksekutif

D. Gary (1949–2018)

Pengasas Young Living dan bapa pergerakan minyak pati zaman moden

Menukarkan minat menjadi satu kerjaya merupakan impian ramai individu. Namun, ia merupakan satu realiti yang indah bagi pengasas Young Living, D. Gary Young dan Mary Young. Lebih dua dekad dahulu, Gary telah menemui kebaikan minyak pati yang mendalam. Melalui Young Living, pasangan Young berjaya berkongsi penemuan dan pengetahuan Gary yang tiada tandingan dengan jutaan individu di seluruh dunia, menyokong kesejahteraan dan mentransformasikan kehidupan mereka. Kepakaran Gary dalam tumbuh-tumbuhan bersama semangat keusahawanan dan pengalaman Mary dalam industri jualan langsung membawa kepada tercipta rangkaian minyak pati, campuran dan produk terseduh minyak yang paling tulen dan komprehensif di dunia.

Semasa pengembaraannya mengelilingi dunia dan mempelajari tentang teknik penyulingan minyak pati, Gary Young memperluaskan pengetahuannya tentang minyak pati dan terus menjadi peneraju dan pakar dalam bidang tersebut. Komitmen beliau dalam menghasilkan minyak pati dalam bentuk yang paling tulen membawa kepada terciptanya proses Seed to Seal® Young Living, yang merangkumi setiap peringkat dalam proses pengeluaran. Keghairahanya terhadap pertanian dan menginovasikan teknik penyulingan telah mengangkat Young Living menjadi peneraju dalam dunia minyak pati.

Selari dengan tanggungjawab mengendalikan sebuah syarikat antarabangsa yang membangun, Mary mendedikasikan masanya untuk memantau dan memperkasakan ramai individu dalam mencapai matlamat professional dan peribadi mereka. Beliau benar-benar prihatin terhadap individu lain dan beliau juga memainkan peranan yang penting dalam usaha filantrofi global Young Living. Beliau memimpin para kakitangan serta ahli melalui teladan dengan pendekatan langsung, lalu menjadi pendukung yang penting terhadap perkembangan dan kejayaan syarikat.
Dengan keyakinan yang mendalam terhadap keunggulan minyak pati, Gary dan Mary mewakili semangat Young Living dan terus membina sebuah syarikat yang menyokong sepenuhnya kesejahteraan semua dan di mana-mana sahaja.



Mary Young

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif

Mary Young memainkan peranan yang aktif dalam perniagaan Young Living seharian dengan memberikan arahan kepada pasukan Eksekutif dan kakitangan syarikat. Beliau juga mempunyai peranan yang penting dalam membimbing dan memperkasa ahli sambil berkongsi misi dan faedah Young Living ke seluruh dunia.

Mary telah diperkenalkan kepada industri jualan langsung pada tahun 1985 dan dalam dua tahun, beliau telah memupuk dan membina sebuah organisasi bernilai jutaan ringgit yang berjaya. Sejak penyertaannya di Young Living, Mary telah menggabungkan pengetahuan dan pengalamannya yang meluas dan pendekatannya dalam industri jualan langsung untuk membantu Young Living menjadi dan kekal menjadi peneraju dalam dunia minyak pati.

Mary juga merupakan instrumen utama dalam perjuangan filantropik Young Living dan beliau mengetuai usaha bantuan global melalui D. Gary Young Foundation. Beliau mendukung komitmen Young Living untuk membantu individu dan komuniti dalam mereka menikmati gaya hidup yang sihat.

Jared Turner

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi

Jared Turner bermula sebagai Perunding Pengarah Bersama Antarabangsa di Young Living. Minatnya dalam membantu perkembangan syarikat telah melonjak dan membenarkan beliau memegang jawatan termasuk Naib Presiden Antarabangsa, Ketua Pegawai Jualan Global, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran dan Ketua Pegawai Operasi. Beliau kini berkhidmat sebagai COO dan Presiden Young Living, di mana beliau bertanggungjawab terhadap mencipta perkembangan global yang boleh diukur dan mampan dengan menaik taraf jenama, produk dan tahap Young Living dan mencipta pengalaman ahli yang sentiasa diperbaiki.

Sebagai pemimpin yang fokus pada kejayaan, Jared telah menerima kepercayaan daripada Pengasas dan Pengerusi Lembaga D. Gary Young dan Pengasas Bersama dan CEO Mary Young untuk meluaskan visi syarikat yang mereka bina pada tahun 1994. Beliau merupakan contoh terbaik bagi misi Young Living dan wawasan pasangan Young dan beliau amat berminat tentang berkongsi wawasan tersebut dengan individu lain di seluruh dunia.

Jared memiliki ijazah sarjana muda dalam perhubungan antarabangsa daripada Syracuse University, ijazah undang-undang daripada Syracuse University College of Law dan ijazah sarjana dalam bahasa Sepanyol dan sains politik daripada University of Utah.

Antara minat Jared ialah meluncur salji, mengembara, menyelam skuba, bermain bola keranjang, mendaki dan meluangkan masa bersama isterinya, Felicia, serta anak-anaknya, Campbell dan Kai dan anak perempuannya yang baru lahir, Tatum.

Matthew French

Ketua Pegawai Undang-Undang & Kepatuhan

Dengan menjadi sebahagian daripada pasukan Pengurusan Eksekutif Young Living, Matthew menyediakan rundingan strategik dalam hal undang-undang dan kepatuhan, termasuk tadbir urus korporat, kepatuhan kawal selia, litigasi, pengurusan kontrak dan undang-undang pekerjaan. Sebelum menyertai syarikat, beliau telah berkhidmat untuk sebuah firma butik peribadi, di mana beliau mempunyai pengkhususan dalam hal-hal litigasi sivil dan pembelaan jenayah serta sebagai timbalan pendakwaraya daerah dengan Pejabat Peguam Daerah Maricopa (Arizona).

Misi Young Living untuk menginspirasikan individu terhadap kesejahteraan, matlamat dan kemewahan telah menarik Matthew untuk menyertai Young Living. Beliau dengan cepat memahami budaya Young Living dan mencipta minat untuk berkhidmat pada para ahlinya. Matthew ingin menyokong kakitangan yang bekerja dengan beliau serta para ahli bagi mereka mencapai matlamat mereka.

Matthew gemar bersukan, lebih-lebih lagi pasukan bola keranjang Lakers, muzik, sarung kaki berwarna-warni dan meluangkan masa dengan keluarganya.

R. Michael Buch, PhD

Ketua Pegawai Sains

Sebagai Ketua Pegawai Sains Young Living yang pertama, tugasan Dr Buch merangkumi kajian dan pembangunan saintifik terhadap produk baharu dan yang telah ada, permohonan dan tuntutan baharu serta strategi dan pengawasan produk.

Dr Buch mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalamandalam industri kesihatan dan kesejahteraan. Beliau menerima BA dalam bidang kimia daripada Franklin and Marshall College dan ijazah MS dan PhD dalam kimia analitis daripada University of Delware. Dr Buch telah memimpin organisasi global dalam beberapa syarikat terbesar dunia dan beliau telah berjaya menghasilkan lebih daripada berdozen paten dalam bidang penjagaan kesihatan, beberapa buku dan beberapa artikel yang diterbitkan dalam jurnal saintifik kajian semula setara. Beliau secara peribadi telah bertanggungjawab dalam membangunkan produk penjagaan kesihatan dengan jualan tahun hampir $3 bilion dan produk beliau telah dipasarkan ke lebih daripada 100 negara. Dr Buch juga merupakan ahli dalam beberapa pertubuhan yang berprestij, termasuk Institute of Science for Global Policy dan American Association for the Advancement of Science.

Dr Buch gemar memancing ikat air tawar dan laut masin dan beliau berminat dalam bidang fotografi. Beliau menggemari keharuman R.C.TM Young Living yang dingin dan nyaman dan beliau sering membautkannya ketika musim sejuk untuk menyamankan lagi udara.

Lauren Walker

Ketua Pegawai Rangkaian Bekalan

Lauren menyertai Young Living dan membawa bersamanya pengalaman lebih 25 tahun dalam pengurusan projek, rangkaian bekalan dan pembuatan. Beliau menerajui strategi pembaharuan bekalan dan pengeluaran dengan memegang pelbagai jawatan dari seorang jurutera hingga ke Naib Presiden Pembuatan ketika berkhidmat untuk beberapa syarikat antarabangsa yang berprofil tinggi.

Lauren meluaskan tahap pengalaman beliau yang menakjubkan serta minat ke jawatan yang beliau pegang. Beliau berperanan untuk menyelia keseluruhan rangkaian bekalan global Young Living dan memastikan rangkaian itu berjalan dengan lancar dari mula hingga akhir. Hasil kerja beliau yang mengagumkan dalam sistem yang sejajar secara global akan membantu Young Living melaksanakan operasi di seluruh pasaran, di mana ia akan memastikan bekalan produk yang berkualiti tinggi yang tetap untuk para ahli.

Selain daripada pengalaman beliau yang meluas, Lauren kini berkhidmat untuk beberapa lembaga pengarah, termasuk Salt Lake Chamber. Lauren pernah menjadi penceramah utama ketika American Manufacturing Strategies Summit dan Front End Innovations Conference. Beliau merupakan Lean Six Sigma Project Champion dan Green Belt Certified. Lauren menerima ijazah Kejuruteraan Elektrik daripada Union College di New York.

Lauren dan suaminya, Todd, menggemari keindahan semula jadi serta pengembaraan dan aktiviti luar di Utah. Beliau mempunyai dua orang anak yang telahpun mengikuti jejak beliau dan meneruskan kerjaya mereka dalam bidang kejuruteraan.

Ben Riley

Ketua Pegawai Jualan

Ben Riley menyertai Young Living pada Jun 2016 apabila beliau dilantik sebagai pengarah Jualan Global. Sejak itu, beliau telah memikul tanggungjawab sebagai presiden serantau Amerika Utara dan yang paling terkini sebagai Naib Presiden Eksekutif Jualan Global.

Dengan memiliki MBA daripada Duke University serta pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam pemasaran jaringan dan barangan pengguna bergerak pantas, Ben telah berkhidmat sebagai VP kepimpinan di Visi, VP jualan di Avon Australia dan New Zealand, pengarah urusan untuk 4Life ANZ dan pengurus besar Melaleuca ANZ.

Ben juga pernah berkhidmat sebagai ekspatriat di Taiwan dan Korea dan beliau mair bertutur dalam bahasa Korea dan Mandarin. Secara keseluruhannya, Ben telah meluangkan masa lebih daripada 10 tahun membina perniagaan secara globalll dan beliau amat berminat memahami dan mempelajari budaya dan kaum lain.

Perjalanan sebenar Ben di Young Living bermula pada tahun 1998 apabila beliau berkhidmat di Gudang Young Living ketika masih menuntut di kolej. Beliau menggambarkan perasaan ketika menjadi sebahagian daripada keluarga Young Living sebagai satu perasaan yang seakan-akan berada di rumah sendiri. Kini, beliau amat teruja kerana dapat berkhidmat dengan jentera pemerkasaan peribadi yang terbaik yang pernah beliau sertai sebelum ini.

Ben telah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga orang anak, iaitu dua anak perempuan dan seorang anak lelaki, dan beliau gemar meluangkan masa dengan mereka, lebih-lebih lagi ketika mendaki dan berkhemah. Beliau meminati golf, berbasikal, membaca dan mengembara. Ben sentiasa bertukar-tukar produk Young Living kegemarannya, namun produk yang digemari sekarang ialah Sacred Sandalwood.

Lee Bowen

Ketua Pegawai Kewangan

Lee Bowen menyertai Young Living Essential Oils sejak 2014 sebagai Pengarah Kewangan dan membawa bersamanya pengalaman lebih 18 tahun dalam operasi kewangan, pembangunan strategi dan kepimpinan. Sebagai Ketua Pegawai Kewangan, Lee menyelia perancangan dan analisis kewangan, pengurusan fraud, perbendaharaan, perbankan, audit dalaman serta perkhidmatan komisyen, sumber manusia, pengurusan gaji, cukai dan risiko.

Lee menerima MBA dan MSIM (Sarjana Muda dalam Pengurusan Maklumat) daripada Arizona State University dan BS dalam perakaunan dengan pengkhususan kecil dalam bahasa Sepanyol daripada Brigham Young University. Beliau pernah berkhidmat di Intel Corporation, Deloitte Consulting dan tugasan ekspatriat di Panama sebagai Pengarah Serantau Kewangan di HILTI dan Pengarah Perancangan Kewangan dan Analisis untuk Nature’s Sunshine. Beliau juga mahir bertutur dalam bahasa Sepanyol.

Lee telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Tricia, selama 20 tahun dan mereka dikurniakan dengan empat anak – tiga lelaki dan seorang perempuan. Beliau gemar menonton perlawanan sukan anak-anak beliau, serta berlari, bermain golf dan menghadiri acara sukan BYU. Beliau memulakan hari dengan membaur sama ada Christmas Spirit atau campuran Lime dan Peppermint yang menyegarkan.

Michael Green

Naib Presiden Eksekutif, Teknologi Maklumat

Michael Green menyertai pasukan Young Living sebagai pakar Teknologi Maklumat yang baharu. Sebagai Naib Presiden Kanan Teknologi Maklumat, pengalaman Michael dalam membina sistem boleh skala yang mampu mengendalikan pelbagai urusan boleh melonjakkan jabatan IT Young Living ke tahap yang seterusnya bagi menyokong perluasan rangkaian syarikat.

Michael menerima ijazah dalam teknologi maklumat daripada University of Massachusetts. Sebelum menyertai Young Living pada tahun 2017, Michael pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Maklumat untuk Plexus Worldwide dengan memberikan tunjuk ajar dan kepimpinan bagi beberapa fungsi IT seperti Pembangunan Perincian, Operasi IT, Perisikan Perniagaan dan Operasi Perniagaan. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang IT selama lebih 16 tahun dan membantu syarikat menjayakan permulaan, jualan langsung dan produk pengguna global. Dengan pengalaman beliau bersama beberapa syarikat seperti Melaleuca Inc., USANA dan Plexus Worldwide, Michael memahami aspek global dalam membina dan menyokong syarikat yang bernilai juataan dolar. Syarikat berasa sangat teruja dengan menerima Michael ke pasukan Young Living setelah melalui pencarian calon berkelayakan sekian lama.

Komitmen Michael terhadap prestasi yang cemerlang adalah tepat dengan komitment Seed to Seal® syarikat, lebih-lebih lagi keinginan beliau untuk memberikan kualiti kerja yang terbaik dari mula hingga akhir serta memberi inspirasi kepada individu di sekeliling beliau. “Saya menggalakkan para pekerja untuk mendapatkan lebih daripada status quo dan mencipta satu suasana yang erat di mana idea boleh diterokai. Sebagai ahli pasukan yang serba boleh, saya sentiasa menuju ke garisan penamat,” kata beliau.

Kelly Case

Ketua Kakitangan

Kelly merupakan seorang daripada ahli penting dalam pasukan Young Living lebih daripada 15 tahun lalu dan sejak itu beliau telah menerima pendapat berharga dalam pelbagai sektor perniagaan. Kelly menyertai Young Living dalam jabatan pemasaran dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai pembantu eksekutif kepada pengasas syarikat, di mana beliau telah menyokong dalam pelbagai sektor perniagaan.

Beliau kemudian memegang peranan sebagai penasihat, di mana beliau memainkan peranan yang penting dalam menghadapi pelbagai cabaran dan perkembangan syarikat.

Kebanyakan tugasan yang diambil oleh Kelly merupakan tugasan di belakang tabir, di mana beliau menjadi perantara, penasihat dan penyambung komunikasi di antara pelbagai disiplin bagi mencipta satu suasana yang kohesif.

Kelly terus menjadi seorang penasihat strategik, suara yang boleh dipercayai dan lembaga penasihat kepada pasukan eksekutif, CEO Mary Young dan Pengasas Gary Young, namun beliau kini memainkan peranan yang lebih ketara kepada kakitangan korporat dan perniagaan strategik dari hari ke hari.

Kelly memiliki ijazah sarjana dalam bahasa Inggeris daripada Brigham Young University. Beliau gemar meluangkan masa dengan suami dan dua orang anak beliau dengan mengembara, bersantai di pantai, membaca dan menghadiri acara teater.