Peraturan Rasmi

Peraturan Rasmi Promosi Global Leadership Cruise 2019 Young Living. Tiada pembelian atau bayaran diperlukan untuk menyertai atau memenanginya.
Penghuraian Promosi
Promosi Global Leadership Cruise 2019 Young Living ("Promosi") telah ditaja oleh Young Living Essential Oils, LC, Thanksgiving Point Business Park, 3125 Executive Parkway, Lehi, UT 84043 (“Young Living”). Tempoh promosi ini bermula dari 1 Ogos 2018, jam 12:01 a.m. dan berakhir pada 31 Disember 2018, jam 11:59 p.m., mengikut zon masa yang terpakai oleh pejabat penaja yang emnaja Promosi ini, seperti yang tertera pada Lampiran A ("Tempoh Promosi"). Keadah penjagaan masa Young Living merupakan msa rasmi bagi Promosi ini dan ini adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Pemenang akan dipilih selepas Tempoh Promosi berdasarkan jumlah mata yang dikumpul untuk promosi Global Leadership Cruise ("Mata GKC"), lokasi geografi dan pangkat keahlian bagi setiap ahli Young Living yang layak ("Member"). Pangkat ini berdasarkan pada sistem pangkat yang digariskan dalam Pelan Pampasan Young Living.
Kelayakan
Promosi ini terbuka untuk Ahli aktif yang berkedudukan baik dengan Young Living; berumur 18 tahun ke atas atau dalam umur majoriti dalam bidang kuasa mereka mulai 1 Ogos 2018; telah mencapai pangkat Silver atau lebih tinggi semasa Promosi; dan mempunyai alamat pengebilan utama pada akaun Ahli mereka dan bukti kewarganegara di Amerika Syarikat, Kanada, Equador, Eropah, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mexico atau Singapore. Begitu juga Ahli di Australia/New Zealand dengan status permastautin dan visa kerja juga layak untuk menyertainya. Ahli yang layak boleh dirujuk di sini sebagai "Peserta". Promosi ini tidak merangkumi semua Ahli dari negara lain dan menjadi tidak sah di mana-mana yang dilarang. Ahli aktif ialah Ahli yang telah membuat pembelian sekurang-kurangnya 50 PV dalam tempoh 12 bulan terakhir dan telah menandatangani Perjanjian Ahli Young Living. Star, Senior Star dan Executive Member adalah layak untuk mendapatkan mata tetapi hanya akan menjadi layak untuk memenangi Hadiah dari hari pertama dalam bulan selepas bulan pertama di mana mereka telah mencapai pangkat Silver semasa Tempoh Promosi. Sebagai contoh, jika seorang Peserta melangkah ke Silver pada 21 September, beliau akan menjadi layak untuk memenangi Hadiah dari 1 Oktober. Bagi Peserta yang mempunyai alamat pengebilan di Eropah, kelayakan untuk memenangi Hadiah tertakluk kepada perjanjian yang tersebut atau tertulis mengikut terma Promosi ini.

Bagi penerimaan Hadiah (seperti yang terhurai di bawah), setiap Peserta yang menang mesti mendaftar untuk mendapatkan tiket untuk menaiki kapal Ovation of the Sea oleh Royal Caribbean yang berlepas dari Seattle, Washington dan berlayar pada 7-14 Jun 2019 (GL Cruise"), dengan memberi respon kepada capaian pendaftaran yang dihantar ke e-mel mereka sebelum 21 Januari 2019, seperti yang digariskan di bawah.
Cara Untuk Menang Hadiah
Peserta akan bersaing dengan Ahli dari pangkat yang sama dalam pasaran mereka, seperti yang dihuraikan di Lampiran B, untuk mendapat Mata GLC yang paling banyak. Setiap pemenang akan menerima satu Hadiah. Hadiah adalah berbeza-beza berdasarkan pada jumlah Mata GLC yang terkumpul berbanding dengan pemenang Hadiah yang lain, seperti yang diterangkan dalam bahagian Hadiah.

Hadiah akan diberikan kepada Peserta yang telah mengumpul jumlah Mata GLC paling banyak semasa Tempoh Promosi dalam setiap kumpulan yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut. Terdapat beberapa peringkat Hadiah. Jumlah Hadiah yang yang akan diberikan dalam setiap kumpulan ialah seperti yang ditunjukkan dalam jadual. Penerima jumlah Mata GLC yang tertinggi dan yang terendah akan masing-masing menerima Hadiah di peringkat yang tertinggi dan yang terendah. Jika pasaran terbabit tidak mempunyai Peserta yang menerima Mata GLC dalam mana-mana kumpulan, Hadiah di peringkat itu tidak akan dikumpulkan ke kumpulan lain. Peserta akan diletakkan dalam sesebuah kumpulan berdasarkan kepada Pangkat Baseline mereka dan pasaran mereka sepanjang tempoh Promosi. Mana-mana peserta akan dianggap mempunyai satu "Pangkat Baseline" melalui pangkat berbayar mereka bagi Jun 2018.
A.S.
Kanada
Mexico
Ecuador
Eropah
APAC
Sementara itu, 10 Peserta dengan jumlah Mata GLC yang tertinggi di seluruh dunia tidak akan dianggap menang mana-mana Hadiah khusus untuk kumpulan tetapi akan menerima satu daripada 3 Hadiah Utama atau Pangkat 1, seperti yang diterangkan di bawah.

Jika satu atau lebih Peserta seri dalam jumlah mata dalam mana-mana kumpulan atau untuk mana-mana Hadiah, Young Living akan memilih secara rawak pemenang dalam kalangan Peserta yang seri tersebut.

Young Living berhak untuk memberikan Hadiah tambahan kepada mana-mana Peserta atas apa-apa sebab, mengikut budi bicaranya sendiri, tanpa menghiraukan jumlah Mata GLC yang terkumpul. Dengan menyertai Promosi ini, Peserta telah maklum dan bersetuju akan hak pada Young Living ini.
Hadiah
Semua pemenang Hadiah akan menerima tiket ke GL Cruise bagi pemenang Hadiah dan seorang tetamu. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menyertai pelayaran ini sebagai tetamu. Hadiah akan berdasarkan kepada jumlah Mata GLC yang terkumpul berbanding dengan pemenang Hadiah yang lain. Berikut ialah Hadiah yang akan diberikan kepada pemenang Promosi ini (secara kolektif, "Hadiah-Hadiah", setiap satu "Hadiah") adalah berdasarkan kepada pangkat Mata GLC bagi setiap pemenang Hadiah.

Setiap pemenang Hadiah akan menerima tiket ke Global Leadership Cruise bagi mereka dan seorang tetamu.
Tiga Hadiah Utama: Hadiah ini akan diberikan pada setiap tiga Peserta terbaik yang mempunyai jumlah Mata GLC tertinggi di seluruh dunia sepanjang Tempoh Promosi. Hadiah ini termasuk dua tiket penerbangan pergi balik dari lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dari rumah pemenang ke Seattle, Washington, A.S. dan menginap di bilik Suite Sky Loft dengan beranda. Setiap Tiga Hadiah Utama mempunyai anggaran nilai runcit ("ARV") USD $22,000 bagi setiap pasangan.
Hadiah Tingkat 1: Hadiah ini akan diberikan kepada Peserta yang mendapat tempat 4-10 dari jumlah Mata GLC tertinggi yang terkumpul di seluruh dunia. Hadiah ini termasuk dua tiket penerbangan pergi balik dari lapangan terbang antarabangsa yang terdekat dari rumah pemenang ke Seattle, Washington, A.S., dan penginapan pelayaran bagi dua penumpang dalam satu kabin Pemandangan Laut beserta beranda. Setiap Hadiah Tingkat 1 mempunyai anggaran nilai runcit ("ARV") USD $17,000 bagi setiap pasangan.
Hadiah Tingkat 2, 3 & 4: Hadiah-hadiah ini akan diberikan kepada Peserta yang mempunyai jumlah Mata GLC tertinggi dalam pangkat dan pasaran, seperti yang digariskan dalam jadual di atas. Jumlah Peserta yang menang bagi setiap tingkat bergantung kepada pangkat dan pasaran serta tingkat dan ini dijelaskan satu-persatu dalam jadual di atas. Setiap Hadiah Tingkat 2 termasuk satu bilik di atas GL Cruise untuk dua orang dalam satu kabin Pemandangan Laut. Setiap Hadiah Tingkat 2 mempunyai ARV USD $7,000 bagi setiap pasangan. Bagi Hadiah Tingkat 3, Young Living akan membayar 50 peratus daripada kos penginapan pelayaran bagi dua penumpang dalam satu bilik Pemandangan Laut beserta beranda. Setiap Hadiah Tingkat 4 mempunyai ARV USD $3,500 bagi setiap pemenang.
Cara Mendapatkan Mata
Peserta mendapat Mata GLC dengan (i) menaiki pangkat, sepertimana kenaikan yang digariskan dalam Pelan Pampasan Young Living, melebihi Pangkat Baseline mereka dan (ii) apabila Ahli dalam Struktur Komisyen Terkini Peserta (terhurai di bawah) menaiki pangkat melebihi Pangkat Baseline masing-masing. "Struktur Komisyen Terkini" Peserta bermaksud kumpulan Ahli dalam organisasi jualan Peserta di mana pembelian boleh dikomisyenkan kepada Peserta pada bulan tersebut.

Setiap kali Peserta menaiki pangkat melebihi Pangkat Baseline terkini mereka, pangkat baharu itu akan menjadi Pangkat Baseline Peserta tersebut. Sebagai contoh, jika dalam bulan pertama sepanjang Tempoh Promosi, seorang Peserta menaiki pangkat daripada Pangkat Baseline Silver ke Gold, Pangkat Baseline beliau pada bulan kedua dalam Tempoh Promosi ialah Gold.

Jadual di bawah menunjukkan jumlah Mata GLC yang diterima oleh Peserta setiap kali Ahli dalam Struktur Komisyen Terkini mereka menaiki pangkat melebihi Pangkat Baseline atau pangkat permulaan yang seterusnya.
Crown Diamond ke Royal Crown Diamond100 mata
Diamond ke Crown Diamond60 mata
Platinum ke Diamond40 mata
Gold ke Platinum20 mata
Silver ke Gold15 mata
Executive ke Silver10 mata
Senior Star ke Executive5 mata
Star ke Senior Star2 mata
Jadual di bawah menunjukkan jumlah Mata GLC yang diterima oleh Peserta setiap kali mereka menaiki pangkat melebihi Pangkat Baseline atau pangkat seterusnya sepanjang Tempoh Promosi.
Crown Diamond to Royal Crown Diamond200 mata
Diamond to Crown Diamond150 mata
Platinum to Diamond100 mata
Gold to Platinum50 mata
Silver to Gold20 mata
Executive to Silver10 mata
Senior Star to Executive5 mata
Mata GLC yang diterima dikira dan dikemas kini secara bulanan, sekitar atau pada 20hb pada setiap bulan, dan mungkin dipamerkan pada papan pemuka di Virtual Office. Dengan menyertai peraduan ini, Peserta telah maklum dan terima bahawa maklumat ini akan ditayangkan pada umum. Maklumat peribadi Peserta di Kesatuan Eropah tidak akan dikongsi melainkan mereka bersetuju dengan Peraturan Rasmi Global Leadership Cruise 2019 Young Living. Peserta tidak boleh memindahkan Mata GLC mereka kepada individu lain. Semua Mata GLC akan tamat tempoh selepas Tempoh Promosi tamat. Mata GLC tidak boleh ditebus untuk mana-mana acara, program atau produk Young Living yang lain. Mata GLC tidak mempunyai nilai tunai dan tidak boleh ditebus atau dibayar balik dan seumpamanya. Mata GLC yang diterima dengan mengundurkan tarikh akan dikendalikan mengikut kes. Apa-apa perubahan dalam pangkat melalui pemulangan atau penukaran produk yang boleh mengakibatkan Mata GLC yang terbabit akan dirampas.
Syarat Hadiah Umum
Young Living tidak bertanggungjawab bagi - dan pemenang Hadiah tidak akan menerima - perbezaan, jika ada, di antara nilai sebenar sesuatu Hadiah semasa waktu pemberian dan ARV yang dinyatakan dalam Peraturan Rasmi ini atau mana-mana surat-menyurat atau bahan yang berkaitan dengan Promosi. Pemenang Hadiah adalah bertanggungjawab bagi semua cukai persekutuan, negeri dan tempatan (termasuk cukai pendapatan dan penangguhan), jika ada, serta apa-apa kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penerimaan dan penggunaan Hadiah yang tidak dikhususkan di sini sebagai disediakan, tanpa menghiraukan sama ada Hadiah itu digunakan seluruhnya atau sebahagiannya. Young Living tidak sesekali akan bertanggungjawab untuk memberi Hadiah lebih daripada yang dinyatakan di sini. Jika berlaku kejadian di mana tidak terdapat cukup Ahli yang layak untuk memenangi semua Hadiah, Young Living berhak untuk memberi jumlah Hadiah mengikut jumlah Ahli yang layak. Apa-apa Hadiah yang tidak diberikan selepas Tempoh Promosi akan kekal tidak diberikan. Sekatan/syarat Hadiah yang dinyatakan di sini tidak semuanya inklusif. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar atau ditebus dengan tunai, kecuali atas budi bicara Young Living di mana Young Living berhak menggantikan sesuatu Hadiah (atau sebahagian daripadanya) dengan sesuatu Hadiah yang mempunyai nilai yang sama atau lebih tinggi. Hadiah-hadiah diberikan "SEADANYA" dan TANPA APA-APA JENIS WARANTI, menyatakan atau menandakan, termasuk, tanpa pengehadan, apa-apa waranti yang menandakan kebolehdagangan atau kesesuaian bagi sesuatu tujuan yang tertentu. Apa-apa jaminan dan waranti pada sesuatu Hadiah adalah tertakluk pada Royal Caribbean Cruises, Ltd., terma dan syarat, dan pemenang Hadiah bersetuju untuk merujuk hanya kepada Royal Caribbean Cruises, Ltd. bagi apa-apa jenis tuntutan waranti atau jaminan.
Semua perbelanjaan yang tidak dinyatakan di sini yang menjadi sebahagian daripada sesuatu Hadiah merupakan tanggungjawab penuh pemenang Hadiah. Sesuatu Hadiah akan ditarik sekiranga (i) pemenang tidak dapat berlayar pada tarikh yang dikhususkan untuk GL Cruise atau (ii) pemenang dan/atau penemannya, jika ada, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang diperlukan sebelum tarikh pelayaran yang telah dijadualkan. Setiap pemenang dan tetamu mereka bertanggungjawab penuh untuk mendapatkan apa-apa insurans perjalanan (dan semua jenis insurans yang lain) yang mereka ingin dapatkan atas perbelanjaan mereka sendiri dan di sini mengakui bahawa Young Living tidak pernah dan tidak akan mendapatkan atau menyediakan insurans perjalanan atau apa-apa jenis insurans yang lain. Pemenang Hadiah adalah terikat pada terma dan syarat bagi semua penerbangan, Royal Caribbean Cruise, Ltd. dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang lain yang digunakan berkaitan dengan Hadiah. Young Living tidak bertanggungjawab jika tiket, dll. hilang, dicuri atau tersalah letak oleh pemenang Hadiah atau tetamu, dan barang berikut tidak akan diganti atau ditempah semula jika individu terlibat tidak dapat menyertai perjalanan tersebut atas apa-apa sebab pun. Tarikh dan lokasi yang tepat adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dan di atas budi bicara penuh Young Living.

Pemenang Hadiah dan tetamu perjalanan mereka mesti berlayar bersama dan mengikuti program perjalanan yang sama serta mempunyai semua dokumen perjalanan yang diperlukan. Tiket penerbangan tidak boleh dipulangkan/ditukarkan dan tidak sah untuk dinaikkan gred dan/atau perbatuan pengguna penerbangan kerap. Pemenang Hadiah tidak akan menerima wang tunai atau apa-apa bentuk pampasan jika kos perjalanan yang sebenar ialah lebih rendah daripada ARV yang tertulis dalam Peraturan Rasmi ini.

Young Living tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa pembatalan, penangguhan, lencongan atau penggantian, atau apa-apa tindakan atau kesilapan oleh pengendali penerbangan, cruise atau syarikat pengangkutan yang lain atau mana-mana individu yang menyediakan perkhidmatan atau penginapan yang diperlukan. Tiada pemulangan semula atau pampasan akan dilakukan sekiranya berlaku pembatalan atau penangguhan mana-mana penerbangan kecuali di atas budi biacara penuh Young Living.

Semasa Tempoh Promosi, Peserta dengan jumlah Mata GLC paling tinggi mungkin akan diaudit dari masa ke masa untuk memantau pematuhan dengan Dasar dan Prosedur Young Living yang berkenaan dengan budi bicara Peserta (Dasar dan Prosedur Young Living), lebih-lebih lagi, tapi tidak terhad kepada, seksyen yang berkaitan dengan pengiklanan dan promosi. Apa-apa pelanggaran terhadap Dasar dan Prosedur Young Living akan membatalkan Peserta keseluruhan Promosi.




Penerimaan Pemberitahuan/Hadiah
Peserta akan diberikan capaian ke atas penghuraian terperinci tentang jumlah Mata GLC mereka melalui Virtual Office. Pemenang Hadiah akan dipilih selepas tamatnya Tempoh Promosi, pada atau sebelum 21 Januari 2019. Satu senarai pemenang Hadiah akan boleh didapati di Virtual Office (YoungLiving.org) sebaik sahaja pemenang telah dipilih dan Mata GLC telah dijumlah dan ditentusahkan selepas tamatnya Tempoh Promosi.

Pada atau hampir 21 Januari 2019, satu e-mel akan dihantar kepada pemenang-pemenang Hadiah. E-mel ini akan mengandungi pautan penerimaan di mana pemenang-pemenang Hadiah mesti menerima atau menolak hadiah tersebut dan melengkapkan borang pendaftaran sebelum 12 ptg. pada 28 Januari 2019. Kegagalan untuk memaklum balas terhadap e-mel penerimaan melalui pautan penerimaan tersebut dalam tempoh masa yang diberikan akan dianggap sebagai satu penolakan terhadap pelayaran tersebut. Penolakan ini tidak boleh berpatah balik, dan, begitu juga, penerimaan suatu Hadiah adalah muktamad. Jika pemenang Hadiah menolak pelayaran ini, mereka tidak akan lagi layak ke atas mana-mana Hadiah dan Young Living berhak untuk menentukan bagaimana Hadiah itu akan digunakan.
Travel
Persiapan perjalanan untuk Hadiah-hadiah akan disediakan untuk pemenang Hadiah melalui ejen pelancongan yang dipilih oleh Young Living. Jika pemenang Hadiah membeli tiket penerbangan mereka sendiri, tanpa kelulusan daripada ejen pelancongan yang dipilih oleh Young Living terlebih dahulu, mereka tidak akan layak untuk mendapat pembayaran balik.

Semua persiapan perjalanan mestilah dimuktamadkan dan ditempah sekurang-kurangnya 60 hari sebelum bermulanya GL Cruise. Kegagalan pemenang Hadiah untuk memaklum balas terhadap e-mel dan panggilan telefon dari ejen pelancongan yang dipilih oleh Young Living dalam tempoh 24 jam boleh mengakibatkan penarikan tambang penerbangan yang menjadi sebahagian daripada Hadiah tersebut. Semua persiapan penerbangan yang berkaitan dengan Hadiah-hadiah, adalah muktamad setelah dikeluarkan, dan pemenang-pemenang Hadiah adalah bertanggungjawab terhadap semua bayaran yang berkaitan dengan pertukaran pejalanan dalam apa cara pun. Kos perjalanan yang dikenakan di antara rumah pemenang Hadiah dan lapangan terbang adalah di bawah tanggungan pemenang Hadiah. Bayaran bagasi dan perbelanjaan yang lain adalah menjadi tanggungjawab pemenang Hadiah sepenuhnya.

Semua perbelanjaan peribadi (termasuk pakej minuman) yang dikenakan di atas GL Cruise adalah di bawah tanggungjawab pemenang Hadiah. Di atas kapal cruise, pemenang-pemenang Hadiah akan dikehendaki untuk menyediakan kad kredit atau kad debit peribadi untuk menampung perbelanjaan sampingan mereka sendiri. Pertanyaan khusus tentang pembayaran harian yang dikenakan terhadap perbelanjaan sampingan harus ditujukan kepada talian cruise. Perbelanjaan sampingan tidak termasuk dalam Hadiah-hadiah Promosi.
Pembatalan dan Pemulangan; Force Majeure
Pemenang-pemenang Hadiah yang membatalkan kehadiran mereka ke GL Cruise tidak akan menerima pembayaran semula nilai bagi Hadiah-hadiah mereka. Pemenang-pemenang Hadiah yang membatalkan kehadiran mereka mungkin akan dikehendaki oleh Young Living, atas budi bicara penuhnya, untuk membayar balik Young Living bagi apa-apa kos yang berkaitan dengan pembatalan perjalanan mereka. Young Living tidak akan memberi pampasan, dalam bentuk tunai atau yang serupa dengannya, kepada mereka yang layak tetapi tidak dapat menyertai percutian itu selepas menerima tawaran percutian tersebut. Insurans perjalanan boleh didapati melalui Destinations Travel dan mestilah dibeli oleh pemenang Hadiah dengan perbelanjaan mereka sendiri. Young Living tidak akan bertanggungjawab jika pembatalan majlis berlaku akibat mana-mana yang berikut: cuaca ekstrem, bencana alam, mogok, piket, boikot, kebakaran, banjir, kemalangan, peperangan (sama ada diisytihar atau tidak), revolusi, rusuhan, pemberontakan, kuasa Tuhan, kuasa kerajaan (termasuk, tanpa pengehadan, mana-mana agensi atau jabatan Amerika Syarikat), kuasa musuh awam, kekurangan atau pencatuan gasolin atau bahan api atau produk penting yang lain, ketidakupayaan untuk mendapatkan bahan atau tenaga buruh, atau sebab-sebab lain yang diluar kawalan Young Living. Dalam keadaan sebegini, Young Living mungkin akan memberi hadiah wang tunai yang mempunyai nilai yang sama atas budi bicaranya.
Lesen
Dengan menerima Hadiah, pemenang Hadiah telah masing-masing memberi izin untuk menggunakan nama, alamay (bandar dan negeri/daerah tempat tinggal), suara, dan kenyataan mereka yang berkaitan dengan Promosi dan Young Living, dan gambar atau apa-apa yang seumpamanya, tanpa pampasan, pemberitahuan atau keizinan selanjutnya dalam mana-mana publisiti atau pengiklanan yang dijalankan oleh Young Living atau mana-mana entiti berkaitan dalam apa-apa media tanpa had kawasan atau masa, kecuali yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.
Pembatasan Liabiliti
Young Living dan gabungan, anak syarikat, syariat induk, agendi pengiklanan dan promosi, pencetak dan juri yang terlibat dalam Promosi in itidak bertanggungjawab bagi apa-apa ketidaktepatan maklumat yang mungkin digunakan dalam Promosi, untuk apa-apa kesilapan teknikal atau manusia yang mungkin berlaku semasa memproses pendaftaran, termasuk data yang dimasukkan oleh peserta, apa-apa kesilapan penyertaan seperti kegagalan teknikal yang berkaitan dengan komputer, telefon, kabel dan gangguan hubungan jaringan atau pelayan; kegagalan teknikal yang berkaitan, atau kegagalan lain yang berkaitan dengan perkakasa, perisian atau virus; atau pendaftaran yang tidak lengkap, lambat atau tersalah arah. Apa-apa kompromi untuk pengendalian yang adil dan sewajarnya bagi Promosi ini yang berkaitan dengan virus komputer atau jenis kerosakan teknikal yang sama yang mungkin memberi kesan kepada keadilan, keselamatan dan pentadbiran yang sewajarnya bagi Promosi tersebut boleh mengakibatkan pembatalan, pembetulan atau perubahan pada Promosi atau sebahagian daripadanya atas budi biaca Young Living. Young Living berhak, atas budi bicaranya, untuk menjadikan pendaftaran Peserta tidak sah, di mana Young Living percaya Peserta tersebut telah cuba untuk mengusik atau merosakkan pentadbiran, keselamatan, keadilan atau pengendalian yang sewajarnya pada Promosi tersebut atau Peserta yang tidak mempunyai semangat kesukanan atau yang mempunyai niat untuk mengugut atau mengganggu orang lain.

Dengan menyertai Promosi ini, Peserta telah mengetepikan semua hak untuk menuntut kerosakan punitif, sampingan dan penting, bayaran guaman, atau apa-apa kerosakan selain daripada kos atau kerugian yang dikeluarkan dari poket sendiri tang mungkin akan terjadi semasa penyertaan dalam Promosi atau penerimaan, pemilikan atau penggunaan mana-mana Hadiah.

Semua yang berlaku akibat tindakan yang diambil disebabkan atau yang berkaitan dengan Promosi ini atau apa-apa Hadiah yang diberikan hendaklah diselesaikan secara individu, tanpa mengambil jalan keluar melalui apa-apa jenis tindakan perwakilan. Sesetengah budi bicara mungkin tidak membenarkan pengehadan tertentu ke atas kerosakan atau keupayaan untuk mengakibatkan kerosakan melalui tindakan perwakilan, oleh itu beberapa sekatan ini tidak terpakai oleh semua Peserta.
Peraturan dan Undang-Undang Lain
Jika segala aspek bagi Hadiah-hadiah tersebut diluar kawalan perubahan Young Living, Young Living, mahupun mana-mana rakan promosi lain yang menyediakan Hadiah-hadiah, tidak akan ditanggungjawab atau bertanggungjawab bagi apa-apa perubahan yang seumpamanya, dan Young Living berhak untuk mengganti suatu Hadiah kepada Hadiah yang mempunyai nilai yang sama atau lebih tinggi, atas budi bicara Young Living sepenuhnya, jika, atas apa-apa sebab, semua atau sebahagian daripada suatu Hadiah, seperti yang dihuraikan di sini, tidak atau menjadi tidak boleh didapati. Pemindahan suatu Hadiah kepada pihak ketiga tidak dibenarkan. Dengan menerima suatu Hadiah, pemenang Hadiah bersetuju bahawa Young Living tidak seharusnya ditanggungjawabkan terhadap apa-apa kecederaan, kerosakan, atau kerugian dalam apa-apa bentuk yang diakibatkan oleh atau berkaitan dengan pemberian, penerimaan atau kegunaan Hadiah tersebut atau mana-mana aspek atau sebahagian daripadanya.

Young Living akan menjadi pemutus terakhir bagi semua tafsiran peraturan dan penentuan kelayakan, dan keputusan sedemikian adalah muktamad. Hadiah, di mana berkenaan, akan dilapporkan sebagai pendapatan dalam borang cukai tahunan pemenang Hadiah. Pemenang Hadiah bertanggungjawab untuk membayar semua cukai atas apa-apa Hadiah dan/atau subsidi atau subsidi-subsidi yang dianugerahkan oleh Young Living. Pemenang Hadiah yang menetap di Amerika Syarikat atau Kanada akan diberikan Borang 1099 atau T4A masing-masing untuk melaporkan nilai pasaran terkini bagi Hadiah mereka sebagai pendapatan boleh cukai. Young Living berhak untuk menggantung atau membatalkan Promosi ini, tanpa notis, atas apa-apa sebab atau tanpa sebab, atas budi bicaranya yang sepenuhnya. Kakitangan Young Living dan entitinya yang berkaitan dan pasangan dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak untuk menyertai Promosi ini. Promosi ini akan menjadi tidak sah sepertimana yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Semua peserta akan tertakluk kepada audit atau penentusahan tentang jumlah Mata GLC mereka.

Dengan menyertai Promosi ini, anda (i) sedia maklum kepatuhan pada Peraturan Promosi ini, termasuk semua syarat kelayakan, (ii) menjamin bahawa apa-apa maklumat yang anda berikan yang berkait dengan Promosi ini adalah benar dan tepat, dan (iii) bersetuju untuk tertakluk pada keputusan yang dibuat oleh Young Living, yang merupakan muktamad dan terikat dalam semua hal yang berkaitan dengan Promosi ini. Peserta yang tidak mematuhi Peraturan Promosi ini boleh disingkirkan.

Promosi ini adalah tertakluk pada undang-undang persekutuan, negeri, daerah dan perbandaran yang berkenaan. Semua isu dan soalan berkenaan dengan pembinaan, kesahan, tafsiran dan penguatkuasaan bagi Peraturan Promosi ini, atau hak dan kewajipan Peserta dan Young Living yang berkaitan dengan Promosi ini, haruslah ditadbir oleh, dan ditafsirkan mengikut, undang-undang substantif di Utah, tanpa menghiraukan konflik rukun undang-undang. Semua peserta telah memberi izin kepada bidang kuasa dan tempat bagi mahkamah Persekutuan, negeri dan tempatan Utah.

Sekiranya apa-apa keterangan Promosi yang terkandung dalam Peraturan Rasmi ini bercanggah dengan apa-apa keterangan Promosi yang terkandung dalam bahan Promosi yang lain (termasuk, tanpa pengehadan, mana-mana tahap penjualan, pengiklanan atas talian atau bercetak, atau papan pemuka), keterangan Promosi yang tercatat dalam Peraturan Rasmi ini akan diutamakan.

Kegagalan atau keputusan Young Living untuk menguatkuasa apa-apa peruntukan dalam Peraturan Rasmi ini tidak akan penepian bagi peruntukan tersebut atau mana-mana peruntukan yang lain. Jika apa-apa peruntukan ditentukan menjadi tidak sah ataupun tidak boleh dikuatkuasakan atau haram, Peraturan Rasmi ini akan walaubagaimanapun kekal berkuat kuasa dan harus ditafsir mengikut terma mereka seolah-olah peruntukan yang tidak sah atau haram itu tidak terkandung di sini.

Peserta boleh mendapatkan senarai nama pemenang Hadiah bagi negara yang menaja Promosi tersebut, kecuali Kesatuan Eropah, dengan menghantar satu sampul surat yang dialamatkan sendiri beserta stem ke Young Living Alaskan Global Leadership Cruise 2019 Promotion – Winners List c/o Young Living Essential Oils LC, Thanksgiving Point Business Park, 3125 Executive Parkway, Lehi, UT 84043. Senarai pemenang-pemenang Hadiah akan dihantar dalam tempoh yang munasabah setelah semua Hadiah telah diberikan.
Lampiran A
Peserta bersetuju dan memahami bahawa Promosi ini ditaja oleh entiti yang sah dalam negara yang mereka duduki seperti yang diterangkan di bawah. Entiti sah yang menaja Promosi ini bagi setiap Peserta ditentukan melalui alamat surat-menyurat yang utama yang disenaraikan pada akaun Ahli Young Living Peserta pada tarikh mula Tempoh Promosi.
Lampiran B
Peserta akan bertanding dalam pasaran yang disenaraikan di bawah berdasarkan pada negara yang didiami seperti yang disenaraikan pada akaun Ahli pada tarikh mula Promosi.