Wanita Savvy tidak seharusnya bertolak ansur tentang kualiti demi kecantikan. Itulah sebabnya mengapa Savvy Minerals by Young Living™ dirumus untuk memasukkan bahan kandungan yang paling asli.

Setiap produk Savvy Minerals dihasilkan secara teliti jadi anda boleh merasai kehebatan diri anda dan apa yang anda pakai pada kulit anda. Rangkaian produk kami dihasilkan mengikut standard ketulenan dan kualiti yang tinggi, memberi pelbagai jenis produk yang diperolehi secara semula jadi dan dihasilkan tanpa pengisi yang murah atau sintetik—dan itulah yang menarik! Apa sahaja yang anda lakukan, Savvy Minerals adalah untuk memperkasakan anda menjadi wanita yang anda ingini.

Produk Kami

Cara Mengguna

Cari Padanan yang Sesuai untuk Anda: Asas Bedak Savvy Minerals by Young Living

Tampil dengan gaya baharu yang menawan dan kulit wajah yang berseri dengan sedikit bantuan daripada Asas Bedak Savvy Minerals by Young Living™! Asas Bedak Savvy Minerals memberi kemasan yang sempurna yang mudah diadun pada kulit anda dan menghasilkan sapuan nipis hinggalah ke sapuan tebal. Dengan pelbagai warna yang kelihatan semula jadi diletakkan dalam bayangan warna dan tona kulit, padanan yang sesuai untuk anda mudah diperolehi.

  • Lembut No. 1
  • Lembut No. 2
  • Lembut No. 3
  • Terang No. 1
  • Terang No. 2
  • Terang No. 3
  • Gelap No. 1
  • Gelap No. 2
  • Gelap No. 3
  • Gelap No. 4

Find Your Shade

Setiap tona Asas Bedak Savvy Mineral—Terang, Lembut dan Gelap—terdapat pelbagai warna, dengan No. 1 sebagai warna yang paling cerah. Semakin besar nombor itu, semakin gelap warnanya. Mengguna bayang warna anda dan pencari warna di bawah, pilih warna paling hampir dengan kulit anda. Bagi mendapatkan tona paling betul, lihat kulit anda pada pipi sebelah bawah, berhampiran garis rahang anda.

Ketahui bayang warna kulit anda

Langkah pertama untuk mendapatkan asas bedak yang mulus ialah dengan mengetahui bayang warna anda. Warna-warna terang kami akan kelihatan cantik pada bayang warna kuning, kuning kemerah-merahan dan emas; warna-warna Lembut kami akan kelihatan cantik pada bayang warna merah jambu atau merah; dan warna-warna Gelap mempunyai bayang warna neutral.

Tidak pasti apa bayang warna anda? Lihat pada bahagian dalam lengan bawah anda untuk mengetahuinya. Jika vena pada lengan anda mempunyai warna kehijauan, berkemungkinan bayang warna anda ialah terang. Jika ia kelihatan kebiruan, berkemungkinan bayang warna anda ialah lembut.

Anda juga boleh mendapatkan sedikit bayangan daripada barang kemas dan pakaian yang anda pakai. Anda cantik memakai logam dan warna yang mana? Yang mana membuat kulit anda kelihatan berseri? Jika anda menggemari barang kemas perak dan putih, hitam, biru, hijau dan pakaian biru-merah, anda berkemungkinan memiliki bayang warna yang lembut. Adakah anda cenderung kepada barang kemas emas dan putih gading, putih kuning, perang, merah terang dan kuning? Anda berkemungkinan memiliki bayang warna yang terang.

Memastikan Padanan yang Sesuai

Kini anda mengetahui bayang warna dan warna anda, bagaimana anda memastikan yang anda memiliki warna yang terbaik? Padanan yang sesuai untuk anda haruslah teradun cantik dengan warna kulit semula jadi anda. Ingat, jika anda tidak melihat sapuan yang anda ingini selepas pemakaiannya, warna anda mungkin terlalu cerah. Cuba pilih satu warna yang lebih gelap untuk membantu anda mendapat sapuan yang anda kehendaki.

Bagi memeriksa padanan anda, pakai Asas Bedak Savvy Mineral secukupnya pada pipi bahagian bawah, berhampiran garis rahang, dan lihat pada sapuannya di bawah cahaya semula jadi. Jika ia meresap pada kulit anda, anda tahu anda telah menemuinya! Ingat, ia juga bergantung pada musim — dan keperangan kulit anda—warna anda mungkin bertukar. Selalu periksa asas bedak anda untuk memastikan anda sentiasa memakai padanan yang sesuai.

Petua professional: Anda boleh mencampurkan Asas Bedak Savvy Minerals bagi mewujudkan warna asas bedak yang khusus untuk anda.

Cari Padanan untuk anda

Bahan Kandungan

Kami percaya anda tidak seharusnya bertolak ansur dengan kesihatan anda demi kecantikan, itulah sebabnya mengapa kami menghasilkan rangkaian mekap Savvy Minerals by Young Living™. Produk-produk Savvy Minerals by Young Living™ dihasilkan mengikut standard ketulenan dan kualiti yang tinggi, menyediakan pelbagai produk kecantikan yang dirumus dengan bahan kandungan yang anda boleh terasa kehebatannya.

Produk-produk Savvy Minerals mengandungi bahan kandungan yang berkualiti tinggi ini:

Kami menjamin semua produk mekap Savvy Minerals memiliki standard yang tinggi, supaya anda terasa puas hati semasa memakainya pada kulit anda—selalu. Ini bermakna anda tidak akan menemui bahan kandungan berikut dalam beg mekap Savvy Minerals : talkum, bismut, paraben, phthalates, petrokimia, nanozarah, haruman sintetik, pewarna sintetik, atau pengisi sintetik murah yang selalunya ditemui dalam jenama terkemuka yang lain.

Ingin tahu apa yang terdapat dalam produk Savvy Minerals? Layari halaman produk bagai setiap produk Savvy Minerals by Young Living untuk melihat senarai penuh bahan kandungannya.

S & J

S. Adakah rangkaian mekap Savvy Minerals diuji untuk logam berat? Jika ya, apakah kaedah ujian yang digunakan?

J. Rangkaian mekap Savvy Minerals telahpun diuji untuk logam berat dan mematuhi semua peraturan keselamatan persekutuan A.S. bagi kandungan logam berat dengan memenuhi atau melepasi spesifikasi yang ditetapkan oleh FDA. Kami menggunakan kaedah ICP dan alatan sama ada ICP-MS atau ICP-OES untuk menguji logam.

S. Dari manakah sumber mica dalam beberapa produk Savvy Minerals, dan adakah ia diperolehi hasil daripada penggunaan buruh kanak-kanak?

J. Kami telah diyakinkan oleh vendor kami bahawa mica yang digunakan dalam rangkaian mekap Savvy Minerals adalah dilombong di Amerika Syarikat, dan tiada penglibatan buruh kanak-kanak dalam mendapatkan sumber bahan kandungan ini.

S. Bolehkan jumlah mica yang diguna dalam beberapa produk Savvy Minerals menyumbang kepada masalah pernafasan dalam kalangan orang yang terdedah kepadanya?

J. Jumlah mica dalam produk Savvy Minerals berada dalam tahap yang dianggap selamat untuk kegunaan. Kami mengguna mica bagi mewarnakan produk kami dan bukanlah mengguna pewarna atau bahan kimia yang kasar.

S. Adakah terdapat sebarang produk Savvy Minerals yang dirumus dengan ubi garut?

Tidak.

S. Adakah terdapat sebarang produk Savvy Minerals yang dirumus dengan kulit kayu aspen?

J. Ya, beberapa produk Savvy Minerals dirumus dengan kulit kayu aspen.

S. Adakah produk Savvy Minerals diuji ke atas binatang?

J. Semua produk Young Living tidak terlibat dalam kekejaman dan tidak pernah diuji ke atas binatang, termasuk rangkaian mekap Savvy Minerals.

*Bagi mendapatkan senarai bahan kandungan dalam setiap produk, sila layari halaman produk khususnya.