Lemon

(Citrus limon)
Lemon mempunyai bau yang kuat, bersih, sitrus yang membersihkan, menyegarkan semula dan menaikkan semangat. Ia terdiri daripada 68 peratus d-limonene, sejenis antioksidan yang kuat.
Diperakui EarthKosher
Gambaran Produk

Gambaran Produk

Ciri-Ciri & Faedah
  • Pastikan Lemon sentiasa di sisi untuk mendapatkan aromanya yang bersih, bertenaga dan menyegarkan.
  • Baurkannya untuk mencipta satu persekitaran yang lebih fokus.
  • Gunakan aromanya untuk mencipta suatu suasana yang menyegarkan.
  • Campurkan Lemon pada produk penjagaan kulit bagi membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan.
Unsur Utama
  • Limonene
  • Gamma-terpinene
  • Beta-pinene
  • Alpha-pinene
  • Sabinene
Profil Aromatik
Dari botol: Aroma yang bersih, sitrus, menyegarkan
Ramuan

Ramuan

Ramuan
Minyak kulit Citrus limon† (Lemon)
† 100% minyak pati tulen
Penggunaan Yang Disyorkan

Penggunaan Yang Disyorkan

Pengalaman
Minyak pati Lemon mempunyai aroma yang manis dan menggembirakan yang boleh menyegar dan memenuhi rumah anda dengan bau lemonnya yang bersih apabila dibaurkan.
Arahan Label
Topikal: Cairkan 1 titis dengan 1 titis V-6™ atau minyak zaitun dan sapukan pada tempat dikehendaki apabila perlu.
Aromatik: Baurkan sehingga 1 jam 3 kali sehari.
Cara Pembauran
  • Penuhkan ruang dapur dengan aroma lemon dari titisan Lemon bagi menikmati pengalaman mencuci ke tahap yang berbeza
  • Hapuskan bau di ruang tamu anda dengan menggabungkan Lemon dengan keharuman yang segar seperti Grapefruit dan Peppermint.
Penggunaan
  • Regimen pembersihan harian anda boleh digalakkan dengan menambahkan beberapa titisan pada cecair pencuci lantai, tingkap dan apa-apa permukaan.
  • Jadikan Lemon sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan waktu malam anda dengan menitiskan 1-2 titis pada produk kecantikan kegemaran anda. Ia akan mengurangan tanda-tanda penuaan bagi mendapatkan kulit yang kelihatan lebih muda.
  • Baurkan Lemon bagi menaikkan semangat suasana yang melankoli.
  • Baurkannya di tempat kerja atau sekolah untuk mendapatkan aroma yang segar bagi mencipta deria yang fokus dan penuh semangat.
Ketahui Lebih Lanjut

Ketahui Lebih Lanjut

Latar Belakang Produk
Tumbuhan lemon yang berasal dari rantau Asia adalah asing di Eropah sehinggalah pada abad ke-16. Tumbuhan ini merupakan sebahagian daripada keluarga malar hijau dan boleh tumbuh setinggi lebih kurang 20 kaki. 75 biji lemon diperlukan untuk menghasilkan satu botol 15-ml minyak pati Lemon. Minyak yang beraroma seperti buah yang baru dipetik segar ini terhasil dengan menekan sejuk kulit lemon.
Nama Saintifik: Citrus limon
Keluarga botani: Rutaceae
Bahagian pokok yang digunakan: Kulit
Wilayah Penanaman: Argentina, California, Afrika Selatan, Itali, Asia
Kaedah Pengekstrakan: Tekan sejuk
Wilayah YL: Kebanyakan minyak pati Lemon Young Living dihasilkan dari Argentina dan Afrika Selatan